Saturday, January 17, 2009

Teruskan munajat kita!!!

Jam 2.00 pagi waktu tempatan Palestin Perdana Menteri Israel mengumumkan pihak tentera Israel menghentikan serangan ke arah Gaza.

Itulah suatu anugerah Allah kepada penduduk Gaza. Kiriman doa seluruh ummah didengari Allah. Lalu Allah membuka mulut Elhut Olmet untuk membuat pengumuman memberhentikan serangan ke atas Gaza.

Itulah senjata yang pernah dinyatakan oleh Rasulullah "Doa itu senjata mukmin". Saudara-saudara doa dan munajat perlu diteruskan, boikot perlu diteruskan kerana dalam Kamus Yahudi tidak akan berhenti untuk memusnahkan bangsa selain Yahudi. Ingat lagi kita kepada firman Allah "Tidak Redha orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani sehingga kamu mengikut agama mereka".

Justeru kita jangan merasa seronok dan selesa dengan pengumuman perdana menteri Israel. Qiamullail, Qunut Nazilah, Doa dan boikot kita boleh selamatkan banyak nyawa. Teruskan munajat kepada Allah.

No comments:

Post a Comment